Wednesday, September 21, 2011

semakin hari semakin kita dekat dengan mati...

assalamulaikum semua...maaf la terlalu jarang sangat nak update blog ni...
bukan apa,masa terlalu singkat walaupun aku tahu aku hanyalah mengejar duniawi yang tak akan kekal selamanya...
merujuk kepada tajuk yang kita akan bincangkan kali ni...Adakah kita pernah berkata..."relax dulu malam masih muda,,,"selain dari 2..."nanti dah tua baru la kita lepak masjid pulak,sekarang ni lepak kt warung or CLUB dulu..."..terlalu biasa kita mengungkapkan kata2 ni....sedarkah kita semakin lama kita hidup semakin kita dekat dengan mati...masih ingatkah anda tentang pesanan yang diterima oleh imam syafie?tentang apa yg paling dekat dan paling jauh dengan kita...jawapannya paling dekat adalah mati n paling jauh adalah masa lampau..
maka tuan2 n puan2 fikirkn sejenak adakah kita mengambil sedikit sebanyak ilmu yang telah disampaikan?
merujuk kepada tajuk yang kita ingin bincangkan kita perlu sentiasa beringat bahawa mati itu tidak pernah tua...bila2 saja kita boleh dijemput berjumpa YANG MAHA ESA...dan kita perlu ingat yang Syaitan itu sentiasa muda untuk menghasut anak adam supaya lalai melakukan kebaikan
maaf lah jika aku merapu n merepek dalam penulisan kali ni...aku terasa satu kejutan budaya bila duduk di alam Univrsiti...insyallah pada masa akan datang yang terluang aku akan cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku ada...sebenarnya pun masih terlalu banyak yang aku cuba kongsikan...tapi tak tahu nak mula dari mana dan aku pening untuk mengolah ayat berdasarkan tajuk...setiap apa yang aku kongsikan sebenarnya adalah pengalaman tentang hidup aku

Thursday, August 4, 2011

usaha saja tak mencukupi..tetapi senjata perlu di asah....

assalamulaikum dan salam sejahtera semua sekali..
ahlan wasahlan kepada pembaca...
maaflah lama tak menulis kat sini...
sibuk dengan kerja..
di sini aku terpanggil untuk berkongsi 1 cerita dengan semua...


alkisah seorang tukang kayu yang kuat bekerja siang dan malam..kerjanya hanyalah menebang pokok...satu hari dia ditawarkan kerja untuk mengerjakan satu tempat..si majikan meminta tukang kayu hanya menebang 10 batang pokok sehari selama sebulan..jikalau dapat menebang 10 batang pokok sehari baru si tukang kayu mendapat bayaran..makanya hari yang telah ditetapkan telah berlalu..pada hari pertama si tukang kayu melakukan dengan mudah,begitu juga hari berikutnya dan hari ketiga...memasuki hari ke 4 si tukang kayu tadi hampir gagal melakukan tetapi dengan usaha yang lebih sedikit dan memerah kudrat akhirnya dia berjaya juga..dan memasuki hari kelima dia yang kepenatan gagal untuk menghabiskan 10 batang pokok,hanya 8 batang sahaja yang berjaya dihabiskan..maka dia telah memberitahu kepada si pemilik tanah bahawa dia telah gagal untuk mencapai sasaran dan meminta maaf kerana tidak berjaya dan berupaya lagi untuk meneruskan pekerjaannya...maka pemilik tanah pun memberitahu yang sebenarnya sudah terlalu ramai tidak berjaya untuk menebang pokok seperti si tukang kayu tersebut..semuanya hanya mengejarkan kekayaan dan hanya meletakkan usaha tanpa berbuat apa2 dengan kapaknya..pada hari yang permulaan si tukang kayu itu berjaya kerana kapaknya masih tajam maka sudah tentu mudah untuknya menebang 10 batang pokok..dan hari berikutnya kapak itu sudah semakin tumpul maka kudrat yang diperlukan adalah semakin banyak...sebab itu si tukang kayu tidak berjaya dan keletihan akibat kapaknya yang tumpul..dan pemilik itu berkata bukan usaha dan kudrat sahaja yang penting tetapi senjata juga harus tajam...

maka disini dapatlah disimpulkan bahawa usaha sahaja tak mencukupi jika akal yang telah diberi sempurna tidak digunakan sebaiknya..dan pengajarannya kita selalu akan lalai untuk mengejar dunia tanpa kita berfikir untuk mendapatkan cara yang lebih mudah..dan senjata perlu seiring dengan usaha yang dilakukan...
sekian sahaja dari saya yang kerdil...moga kalian dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang kalian ada.

Saturday, July 30, 2011

muhasabah DIRI

Salam..rasanya dah terlalu lama saya tidak menulis dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada..
 masanya mengejar dunia yang sedikit.
almaklum la kerja macam warga asing dah..
masuk pagi dan balik mlam..maka untuk berkongsi dan menulis di blog ni sudah tak ada masa..
dan sekarang saya dah melepaskan jawatan bekerja.sudah cukup masanya mengejar dunia yang sedikit.
sekarang telah nekad untuk fokus terhadap ibadat yang cukup penting..
ibadat puasa yang hanya datang sebulan dalam setahun...di mana satu hari yang terpilih bagi umat nabi muhammad merasakan satu malam umpama seribu tahun beribadat...saya bukanlah baik sangat tetapi selagi saya ada kudrat untuk berpesan2 dan saling mengingati,saya perlu jalan kan tanggungjawab ini.supaya menasihati diri saya dan menjadi motivasi kepada semua..saya mula merapu kerana allah telah beri saya nikmat sakit dan menarik nikmat deria bau saya.maklum lah bila saya diberi nikmat sakit maka secara relatifnya pemikiran saya tak dapat dijana dengan baik..dan dekat sini saya  dapat melihat betapa saya sebagai makhluk allah langsung tak berkuasa.setakat ini sahaja..maafkan saya jika terlalu serabut dengan cara penlisan saya.sesungguhnya kebaikan datangnya dari allah dan kelemahan adalah datangnya dari diri saya sendiri..saya sudahi dengan ucapan selamat menyambut ramadan almubarak dan berjaya melawan nafsu2 dan kita perlu belajar untuk mendidik diri kita pada bulan yang penuh barakah ini.ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, June 14, 2011

perbezaan kita yang kurng ilmunya dan yang mencari ukhrawi

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila huruf-huruf pertama yang diajar kepada anak kita adalah Alif, Ba, Ta.
Sedangkan mereka mengajar anak mereka menyebut A, B, C, 1, 2, 3.
Mungkin mereka tidak tahu satu huruf Al-Quran yang dibaca itu ganjarannya 10 pahala.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila Al-Quran adalah buku pertama yang diajar kepada anak kita.
Sedangkan mereka mengajar anak mereka membaca buku kimia.
Mungkin mereka tidak tahu Al-Quran itu rujukan untuk berjaya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila Al-Quran yang ada sudah pandai dibaca.
Sedangkan mereka berbangga kerana anak mereka sudah pandai menyelesaikan masalah kira-kira.
Mungkin mereka tidak tahu Al-Quran itu panduan kepada segala permasalahan yang ada.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita hantar anak ke pondok, maahad dan madrasah di usia muda.
Sedangkan mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah elit dan ternama.
Mungkin mereka tidak tahu ilmu agamalah yang akan membentuk diri tatkala dewasa.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita berselubung dengan pakaian hitam sampai tak nampak rupa.
Sedangkan mereka bangga atas nama fesyen, bentuk tubuh badan diperaga.
Mungkin mereka tidak tahu hijab itulah penyelamat maruah wanita.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita berkopiah, melipat seluar hingga ke atas buku lali sampai tak ada gaya.
Sedangkan mereka enak menghias diri sampai memukau mata.
Mungkin mereka tidak tahu di sebalik sunnah itu ada kejayaannya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita duduk di masjid menghabiskan masa.
Sedangkan mereka pula menghabiskan masa dan wang ringgit di kompleks pasar raya.
Mungkin mereka tidak tahu masjid itu tempat bercambahnya ilmu dan rahmatNya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita tak ada kerja pergi dakwah sini sana.
Sedangkan mereka seronok mengejar nikmat dunia.
Mungkin mereka terlupa masih banyak lagi umat menderita.

Ada banyak lagi mereka kata.
Sampai kawan gua kata biarkanlah saja mereka.
Cara kita dengan cara kita, cara mereka dengan cara mereka.
Tapi gua tak boleh, kerana itu tanggungjawab gua sebagai umatnya.

Biarlah apa mereka nak kata.
Bila kita asyik terkejarkan akhirat sana.
Sedangkan mereka sibuk berusaha untuk berjaya di dunia.
Cuma gua nak ingatkan kejayaan manusia di dunia hanyalah dalam agama dengan berjaya taat perintah Allah Taala dan ikut cara kekasihNya.
Dan kejayaan yang sebenarnya adalah terlepas dari azab seksa neraka seterusnya dapat masuk syurga Allah Taala

muhasabah DIRI

Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.

Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya

"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda..

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.

15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. .

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka


Setiap pencipta pasti berhajat terhadap ciptaannya...tetapi...

assalamualaikum....
maafkan lah diri ini kerana terlalu jarang untuk menulis blog kt sini...
maklum la saya pun kini telah sibuk mencari sedikit ilmu dan beberapa kerat harta yang ada di dunia ini bagi meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini...tajuk kita pada kali ini adalah tentang kehebatan ALLAH menciptakan kita sebagai manusia yang berakal....
merujuk kepada topik kita pada kali ini...........
ADAKAH ANDA TERFIKIR sebagai manusia yang berakal.....
setiap ciptaan kita pasti kita berhajat terhadap barang ciptaan kita seperti kita cipta kerusi untuk memudahkan kita duduk dan meneruskan rutin harian kita....
dan kemudahan internet ini dicipta hanya untuk memudahkan kita untuk berkongsi sedikit idea....
dan fikirkan juga bagaimana seandainya kerusi yang kita duduk ini rosak pasti kita maki dan mungkin marah dan tendang...
tetapi kita sebagai manusia yang berakal pernahkah kita terfikir tentang penciptaan manusia...
ALLAH ciptakan manusia hanya untuk menjaga dan mengimarahkan bumi ini tetapi kita lebih banyak membinasakan dunia ini...
ADAKAH ALLAH murka terhadap kita???
sudah pasti lah kan...maka adakah allah telah menarik nikmat yang telah diberikan olehNYA terhadap ciptaannya??
maka saya berpesan kepada semua dan mengingatkan diri saya untuk secara rendah diri merasakan kita ini patut bersyukur dan sentiasa bermuhasabah.......

Wednesday, May 18, 2011

jangan sekali mempersoalkan orang.....

salam...
sowi la lme sangat tak menulis kat ruangan ini...
baru2 ini aku rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan orang yang hebat...
dan banyak sangat aku bertanya tentang yang aku musykilkan.
antara yang aku sempat bertanya tentang semua fardu kifayah yang kita sering tinggalkan dan mungkin kita pown xsedar itu sebenarnya satu tanggungjawab.
'macam mane dengan masyarakat sekarang yang lalai mengejar dunia?,bagaimana pula dengan perempuan yang tak pakai tudung dan kita melihatnya??,hukum melihat perempuan bertudung berdosa tapi kalau kita nak tegur orang cakap jaga tepi kain orang,so camna hukumnya?dan pelbagai lagi yang terkeluar dari mulut aku tentang hukum ni?
dengan rendah diri orang hebat itu cakap yang kita hanya buat apa yang kita mampu...
"kalau sesuatu maksiat yang berlaku cegahlah dengan tanganmu,jika tak mampu cegahlah dengan mulutmu,dan selemah-lemah iman adalah dengan mencegah dengan hati."
dan beliau berkata lagi janganlah sesekali kita rasa takut dan bimbang dengan dosa yang bakal ditanggung kerana kita telah berusaha untuk mencegah..
dan semuanya bakal ditanggung oleh pemimpin kita..
dan segala yang berlaku kita perlu jaga diri kita dahulu dan jangan sesekali mempersoalkan tentang seseorang.
sebagai contoh,kita tak boleh sesekali menghukum seseorang kerana kita bukanlah tuhan atau malaikat..
"ko ni mengaku islam tapi amalan tak serupa islam...xcium bau syurga lah kau'..
berdasarkan ayat di atas,haruskah kita perkatakan begitu??
jangan sesekali menghukum orang itu dengan berkata begitu kerana sesungguhnya kita bukanlah pemilik syurga dan neraka ALLaH...
apa yang penting amalan diri kita dan sentiasa berdoa agar iman kuat untuk dijadikan benteng yang ampuh bagi mengelak diri dari ternoda dengan bisiskan syaitan dan godaan hawa nafsu..
so alhamdulillah la dapat dipertemukan dengan orang yang hebat dan sanggup untuk berkongsi sedikit ilmu...
kepada yang baca blog ini diharap agar dapat menyampaikan sedikit ilmu kepada rakan-rakan agar setiap ilmuyang sedikit dapat dijadikan pedoman dan panduan hidup...
wallahualam.
assalamualaikum

Saturday, April 23, 2011

ciptaan allah yang tidak sedar akan hikmahnya

Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. 2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam.Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan. 3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan. 4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran. 5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat. 6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind. 7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka,then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita. See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang?

realiti hari ini..renungkan

Dunia...oh Dunia Kalau anda fikir anda masih islam...bacalah Kalau anda fikir anda masih islam...bacalah Kalau tidak......Allah saja yang tahu... Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik ""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macam mana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? Selain terhibur, anda fikirkanlah... "Lawakkan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi... "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.. "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.."Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama" Lawak kan ???Kenapa gelak? tu kan realiti..adkah anda juga sama??

amalan yang sebaliknya

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa . Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

kesepian melanda hatiku...

assalamualaikum...
sowi la lme xbecerita n menulis kat sini...
maklum la bz dengan final exam...
alhamdulillah la stiap pe yg aku wt bole diterima..
cuma satu peristiwa yang buat aku terguris hati sangat...
entah la macam mane leh gado ngan gf....
memang sedeh sangat dalam keadaan ini..
maybe salah aku coz terlampau ego...
kononnya bila dah balik rumah aku nak semuka dan berbincang dengan dia...
tapi semua tu xberlaku bila aku jumpa dengan dia...
cukup2 terguris dan kecewa sangat yang aku terlampau ikutkan perasaan dan marah aku.
keadaan jadi teruk dan sekarang ni aku terlalu sunyi,...
buat semua perkara jadi serba tak kena....
sayang,kembali lah ke dalam hidupku kembali,sesungguhnya aku teramat memerlukan dikau.
aku harap sangat kau dapat baca isi hati aku.
dan setiap yang berlaku pasti allah akan memberi kebaikan kepada hambanya...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
dan teringat aku tentang kata2 sahabat aku,FAZIL,...
hidup manusia seperti roda...
adkala di atas dan adakala di bawah...
pabila kita di atas allah nak menilai tentang rasa syukur akan nikmat allah atau tidak...
pabila kita di bawah bermakna kita telah di uji oleh allah...
semakin besar ujian yang kita terima semakin hebatlah insan tersebut....
dan dengan kata2 ni lah wat pedoman untuk aku meneruskan hidup aku...
aku akan pastikan kau milik aku sayang...
tetapi sekarang berilah masa aku mencari cinta allah,nabi muhammad dan ibu bapaku dahulu...
selepas ni aku akan bawamu kepada kebahgiaan bukannya harta yang berjuta...
kerna setiap kekayaan itu tidak menjamin kebahgiaan tetapi kalau kita berdamping kebahgiaan pastinya kita akan kaya dengan kasih sayang...

Sunday, April 3, 2011

alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik walaupun bukan seperti yang dirancang..

assalamualaikum...merujuk kepada tajuk kat ats 2 aku nak menyatakan rasa syukur aku kepada Allah...

ceritanya cmni,pd sabtu lalu aku telah terpanggil untuk menyertai kejohanan street soccer....
niat 2 xpenh sekali untuk menang tapi motif utama hanya untuk menunjukkan kepentingan bersukan dan akhlak mulia kepada masyarakat...
seperti mak aku pesan..."apis maen jgn untuk menang tapi akhlak,seperti nabi kita tunjukkan akhlak yang baik sebagai satu dakwah"..
so bila masuk bertanding first game mmg la nk cntrol semuanya tapi perasaan untuk menang lagi tiggi shinggakan aku jadi orang yg panas baran...
so first game 2 kalah...
mmg hampa tyme 2 tp aku terus berjuang untuk game kedua dan ditakdirkan menang...
alhamdulillah la...
game kedua aku lebih banyak bersabar cz tkot jd cam game first smpaikan xleh nk cntrol mental...
n game last aku main hanya nak enjoy n keputusannya seri je..
tapi ati mmg puas...
tyme 2 mmg la rasa ckup2 nikmat n aku mula nampak kesan jika berakhlak...
n ditakdirkan untuk aku melangkah ke perlawanan akhir...
mmg feel n matlamat aku hanya untuk menghiburkan semua orang.untuk game final mmg xde niat nk menang langsung..
aku sempat pesan kat sahabat aku untuk control game bukn untuk jaringkan gol...
dan pe yg aku arapkan menjadi dan takdir untuk pasukan PLUS MINUS FC(team aku) kalah mmg sudah tertulis...kalah tipis 8-7..
tapi game mmg puas ati la cz maen smart n disaksikan oleh orang2 atasan(polis) balai polis IPPd petaling jaya diketuai oleh ARJUNAIDI...
dan yang paling bermakna aku telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan..
so kat sini aku nak berterima kasih kepada semua team aku mahupun team pihak lawan kerana sudi untuk membantu aku menjadi pemain terbaik kejohanan...
mmg xsangka la n rasa nk bagi ucapan untuk berterima kasih kepada semua tp xdpt..
so aku tulis jela kat sini..
so pasni kan ada kejohanan yang lebih besar...
aku arap semua yang terpilih 2 nnt dpt maen untuk tunjukkan akhlak yang baik...
sentiasa la kita sama2 berdoa untuk pape je event...
"jika Allah suka jika kami menang maka berikanlah kemenangan kepada kami,jika kau suka jika kami kalah maka berikanlah kepada kami kekalahan,sesungguhnya kami idup di muka bumi ni hanyalah untuk sukakan dan gembirakan Mu YA ALLAH.

Tuesday, March 22, 2011

kisah seorang sahabatku tp dh berumur

maflah kalo aku amik story ko...\

cuma kt sni nk kongsi cite ko kt sni utk peringatan semua...



Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah

Asal kita dari tanah..renungkanlah...

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."



makanya anda perlu sentiasa bersedia dan egt akan mati....

tidak perlu sakit baru nk egt Allah kerana nyawa kita hanya pinjaman...

Allah boleh menugaskan malaikat izrail mencabut nyawa kita bila2 masa sahaja.......

Monday, March 21, 2011

oh im sorry

assalamualaikum semua.
bertemu kita kembali..
kelakar la mengenangkan balik pe yg dh jadi kat dalam dewan kuliah td..
lecturer sakit tekak so die aju la soalan kt budk2...
"yg kt blakang 2 dgr x pe yg sy ckp???"
dengan relaxnye budk2 2 ckp xdengar...
korg leh renungkan betapa klakarnya jdnye...
phm soalan tp jwb xdengar...
mmg plik bila pkirkan gelagat manusia ni...
bila dh jadi cm2 mula la teringatkan balik peristiwa mat salleh yg sesat kat kuala lumpur..
dengan keadaan terpinga2 n buntu die pown mula cari inisiatif untuk berinteraksi dengan rakyat tempatan...
kebanyakan rakyat malaysia lari dari berkomunikasi dgn mat salleh ni...
tkot la nmpk lemahnya penguasaan bahasa inggeris di kalangan kita..
aku hanya memerhati...
mmg de niat nk tego tp aku pown spoken english leh la..
tbe2 mat salleh ni tego la dua org belia ngah dating...
"hye how r U???can U speak in english??"
dan nmpak la kelemahan org kita.
budk pmpuan 2 leh ckp "oh i'm sorry"
n die n bf die trus gerak...
smbl bjalan 2 die bntai membebel psl mat salleh 2..
aku pown rse nk gelak kuat2 je...
mane xnye tgk mat salleh 2 mkin blur n mengenangkan budk pompuan 2 ckp i'm sorry...
xleh nk speaking tp leh bntai ckp BI..
nak xnk aku terpaksa la gak g tolong mat salleh 2....
kesian tgk die..
dgn hancus aku pown g la ckp...
"how can I help U??/
n bila dh rapat aku pown bwk la die g jalan2....
alhmdllah la Allah izinkan aku untuk berdakwah memandangkan die ni jenis yg xde agama...
xde pegangan dan kepercayaan..
dan yg menariknya die ni mengkaji setiap agama yg wujudnya atas muka bumi ni...
memang menarik dapat sembang ngan die..
sdikit sebanyak dpt la gak ilmu..
dia kagum ngan AL-QURAN yg telah menceritakan setiap yg telah berlaku dan akan berlaku...
aku pown ckp la 2 adlh mukjizat nabi kita...
bila sebut nabi MUHAMMAD terus dia teruja dan menyatakan nabi kita adlh insan dan tokoh yg paling di segani...
dan die ckp semua agama sama dengan menyembah apa yg wujud di atas muka bumi ni...
aku pown pe lg trus berdiri n ckap la agama kita cuma sembah dan patuh kpd Allah yg maha esa...
die pertikai ckp yg kita sembah batu segi empat...
n then aku ckp la yg 2 adlh simbol tnda umat islam bersatu..
bukan 2 yg kita sembah tapi Allah..
n setelah panjang lebar aku sembang n selitkan dakwah die pown mkin pham tentang agama islam...
alhmdullillah la die dpt trima..stiap pertemuan pasti de perpisahan dan allah telah takdirkan aku berpisah dengannya..


setelah setahun dia datang ke sini..
tapi dengan pakaian yg lbeh sedap mata memandang...
rupanya berkat sedikit ilmu yg aku de telah mengubah cara hidup die..
die dh memeluk islam dan menjadi orang jalanan yg berdakwah...
dan datang sini semata2 untuk berterima kasih kt aku sebab dah membawa die kpd islam..
dan sekali lagi aku yg lemah berkata sesungguhnya bukn aku yg telah smpaikan islam kpdnya tetapi allah telah beri keizinan untuk menjadi seorang muslim...
alhamdullillah la allah telah membuka pintu hatinya untuk belajar tentang islam...

kat aku cuma nk ckp yg setiap manusia 2 berlainan gelagat tetapi pe yg menyatukan semua manusia adlh agama dan solat sendiri...
dan manusia sentiasa boleh berubah...
dan sifat yg plg penting untuk berubah kpd kebaikan adlh kesungguhan untuk mempelajari ilmu..
dan orang yg merasakan dirinya pandai adlh org yg jahil...
kerana SIFAT ILMU ITU TAKKAN PERNAH CUKUP...
'MENUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD...
sekian wassalam...........................

Sunday, March 20, 2011

sesungguhnya ALLAH lagsung tidak berhajat atas setiap ciptaannya

petang semalam aku telah terlihat seorang hamba allah sibuk sangat cari lighter untuk bakar rokok...
bila tengok cm2 bru la aku sdar ada sesuatu ilmu yang aku dapat disebalik seseorang dan lighter...
mesti korg tertanya2 kan pe yg aku nk kongsikan kt sni??
mudah je,stiap pe yang manusia cipta pasti manusia sendiri berhajat untuk dapatkan faedahnya...
sebagai contoh yang tadi la,dia cari lighter untuk vbakar rokok.
hajat die nak bakar rokok...
contoh laen cipta kerusi untuk duduk..
kat sini aku pown terpikir pasal kejadian manusia kat atas muka bumi ni,Allah xpernah pown berhajat apa2 untuk ciptaannya yang bergelar manusia...
Allah 2 adlh zat yg cukup sempurna.so knp perlu diciptakan manusia??
 yg 2 xperlu la kita pkirkan sgt cz Allah 2 lbeh mengetahui...
pe yang kita perlu fikir kat sini yang kita sebenarnya terlalu berhajat kepada Allah..
contoh,dalam kehidupan dan peperiksaan kita sentiasa berdoa kpd Allah untuk memberikan kebaikan ke atas hidup kita...
pada ketika semua diarah untuk sujud kepada nabi adam,semua patuh tetapi azazil(iblis) ingkar kerana menganggap dirinya mulia dari adam kerana diciptakan dari api berbanding adam dari tanah..
so yg ni plak smbungan hmba allah yg cri lighter 2..
so bila xjmp die tny sahabatnya n sahabatnya cakap xtau...
de ke patot die bodohkan kawan die...
kat sini nampak la yg die agungkan sifat api marahnya dari menyayangi sahabatnya yg berasal dari tanah 2...
jadi pesanan kt sni elakkan la dari diri kita di kawal oleh sifat mara sehinggakan sahabat kita di bodohkan...

Saturday, March 19, 2011

allah berkuasa...makhluk xde kuasa

salam hari ni pg2 bgn aku rse bsyukur sgt diberi peluang utk hidup lg...
tdo adlh mati sebentar dan aku teramat rasa bersyukur kerana allah mengizinkan aku untuk idup lg...
n bru la aku sedar yg aku lgsung xde kuasa nk bgnkan diri aku sndri..
semuanya dari keizinan allah...
dan aku bgn utk solt tapi dalam keadaan duduk cz xbrape mmpu..
so kt situ aku dpt lg yg aku lgsg xde kudrat utk bgn...
dan semuanya adlh kuasa allah yg tak izinkan aku solat dlm keadaan sempurna...
tetapi alhmdllh aku msh dberi peluang utk bersolat...
dan pagi ni aku pegi jogging...
dalam jogging 2 aku tertarik untuk tgk pokok kelapa...
dak aku berasa takjub dengan kekuasaan allah...
cuba kita semua pkir cmne leh jadinya sepohon pokok kelapa 2??
dengan buah...
mmg menarik tgk buah yg yg kelihatan hijau...
yg menjadi musykil,cuba korg pkir cmne dlm buah 2 de air sdgkn kalo kte tebang pokoknye xde batang paip pown kt dlmnye...
cmne isi dlm 2 jadi,dan bermacam2 lagi...
mudh katanya allah lebih berkusa dan makhluk xde kuasa...
dan yg membuatkan aku berhenti jogging pg ni bila tgk buah kelapa tua yg dh jatuh kt atas tanah..
sekali lagi aku terpikir,buah kelapa muda paling sedap dan xpyh nk wt pape utk amik faedah darinya...
contoh kita tokak kelapa 2 n trus je mnum...
xmcm kelapa tua,perlu diproses utk amik manfaatnya,,,
n bru aku pham sememangnya mnusia yg kurg ilmunya seperti kelapa,
adakah aku keterlaluan??
maafkan aku,
yg aku nmpk persamaannya ialah ketika muda kita enjoy begitu jugak kelapa,tyme muda sedap,,
tapi bila kita tua baru la terhegeh2 cri surau n masjid,,
perlu wt beberapa proses utk mendapatkan kemanisan hidup...
sekarang nmpak kn betapa allah 2 maha mengetahui dan berkuasa terhadap makhluk dan makhluk lgsung xde kuasa..dan aku pasti setiap yg wujud di sekeliling kita pasti wujudnya hikmah yg mmpu kita untuk belajar...
smapai sini dulu,harap aku diberi keizinan oleh allah supaya ada kudrat untuk berkongsi ilmu.
sesungguhnya allah itu maha berkuasa...

resepi kejayaan warganegara matahari terbit

Kita tidak perlu malu meniru bangsa lain, jikalau kita semak bersama point-point di bawah sebenarnya dalam diri bangsa sudah ada pada kita hanya pada sekarang ini tanpa kita sedari sedang tenggelam oleh keangkuhan dan dihanyutkan dengan budaya kebendaan.
Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;
1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).
Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang.

Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.
2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas.
Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.
3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.
Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00.
Contoh lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas.
Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.
4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.
Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan.
Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat.
Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.
5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat.
Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu.
Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah.
Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar.
Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.
6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi.
Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis.
Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini.
Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang
Cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).
7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.
Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah.
Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).
8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan.
Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.
Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.
9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka.
Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.
10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang.
Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepang.Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain.
Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir semua resepi orang Jepun diatas, hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik.
Kita yakin ada faktor “kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini. Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari.

Friday, March 18, 2011

wanita dekat di hati lelaki


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.
WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba
WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian,
LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan..

renung2 kn:


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

bertindak tanpa ilmu

 Di sebuah kampung tiggal seorang lelaki bernama yang berusia dalam lebih kurang 30 an............ Beliau ni tersangatlah miskinnye hinggakan rumahnye hanye lah sebesar reban ayam..........

 Pada suatu hari, datang seorang lelaki kaya membina rumah yang besar di sebelah rumah Jamil yang kecil tu............ terdetik dalam ati Jamil yang juga ingin menjadi kaya seperti Razman empunya rumah besar itu........ Bulan demi bulan berlalu.... Akhirnye siap juga rumah agam yang besar itu........  Razman sudah mula menduduki rumah yang baru siap itu.......... Jamil pula masih dengan rumahnya yang buruk.......... Dari sehari ke sehari Jamil ingin bertanya kepada Razman macammana nak kaya........... Tapi dipendam jua kerana takut Razman memperlekehkannya.......

 Oleh kerana sifat ingin kaya tu lebih kuat, maka Jamil menggagahkan atinye tuk bertemu Razman.......... Jamil mula menegur Razman..... Ternyata Razman memberikan layanan yang cukup baik............... Lalu Jamil terus bertanya.... " Razman, terus terang aku bercakap dengan kamu.....sesungguhnye aku cemburu dengan kekayaan kamu........ Aku juga ingin jadi kaya seperti kamu..... Maka ajarkan aku satu ilmu dimana aku ingin kaya........." . Lalu Razman menjawab " hai saudaraku Jamil...... Tiada ape kerjaku selain dari mencuri sahaja...... Tapi". Belum Razman sempat bertapi lagi si Jamil terus meninggalkan rumah Razman dan terus menyiapkan peralatan tuk mencuri.......... Maka malam itu juga Jamil menjalankan projek itu........... Dia mula memecah masuk dari rumah ke rumah tuk mencuri..........

 Dari sehari ke sehari dia bertambah kaya.............. Maka dari sehari jua semakin banyak rumah yang Jamil pecah masuk..........Langit tak selalu cerah............ akhirnye Jamil ditangkap polis......... Sebagai sahabat maka si Razman datang melawat si Jamil ni..... Dalam keadaan masam Jamil bertanya kepada razman...... "apakah begini malang nasibku Razman......... engkau kaya sebab kau mencuri....... Aku juga kaya sebab aku mencuri........ Tapi kau tak kene tangkap......... Kenapa aku yang kene tangkap.............". Lalu si Razman mula berbicara...." Memang benar aku kata aku mencuri....... tapi aku bukan suruh kamu pergi pecah masuk rumah orang........ Aku dulu mencuri juga........ Aku bela ayam aku curi telurnya dan aku jual.......Aku tanam poko aku curi buahnya dan akau juall........Aku bela lembu aku curi susunya aku jual..........". Terdiam si jamil apabila mendengal ulasan sahabatnya itu......

 Barulah Jamil faham........... Tapi apekan daya sekarang dia dah meringkuk dalam penjara........