Thursday, August 4, 2011

usaha saja tak mencukupi..tetapi senjata perlu di asah....

assalamulaikum dan salam sejahtera semua sekali..
ahlan wasahlan kepada pembaca...
maaflah lama tak menulis kat sini...
sibuk dengan kerja..
di sini aku terpanggil untuk berkongsi 1 cerita dengan semua...


alkisah seorang tukang kayu yang kuat bekerja siang dan malam..kerjanya hanyalah menebang pokok...satu hari dia ditawarkan kerja untuk mengerjakan satu tempat..si majikan meminta tukang kayu hanya menebang 10 batang pokok sehari selama sebulan..jikalau dapat menebang 10 batang pokok sehari baru si tukang kayu mendapat bayaran..makanya hari yang telah ditetapkan telah berlalu..pada hari pertama si tukang kayu melakukan dengan mudah,begitu juga hari berikutnya dan hari ketiga...memasuki hari ke 4 si tukang kayu tadi hampir gagal melakukan tetapi dengan usaha yang lebih sedikit dan memerah kudrat akhirnya dia berjaya juga..dan memasuki hari kelima dia yang kepenatan gagal untuk menghabiskan 10 batang pokok,hanya 8 batang sahaja yang berjaya dihabiskan..maka dia telah memberitahu kepada si pemilik tanah bahawa dia telah gagal untuk mencapai sasaran dan meminta maaf kerana tidak berjaya dan berupaya lagi untuk meneruskan pekerjaannya...maka pemilik tanah pun memberitahu yang sebenarnya sudah terlalu ramai tidak berjaya untuk menebang pokok seperti si tukang kayu tersebut..semuanya hanya mengejarkan kekayaan dan hanya meletakkan usaha tanpa berbuat apa2 dengan kapaknya..pada hari yang permulaan si tukang kayu itu berjaya kerana kapaknya masih tajam maka sudah tentu mudah untuknya menebang 10 batang pokok..dan hari berikutnya kapak itu sudah semakin tumpul maka kudrat yang diperlukan adalah semakin banyak...sebab itu si tukang kayu tidak berjaya dan keletihan akibat kapaknya yang tumpul..dan pemilik itu berkata bukan usaha dan kudrat sahaja yang penting tetapi senjata juga harus tajam...

maka disini dapatlah disimpulkan bahawa usaha sahaja tak mencukupi jika akal yang telah diberi sempurna tidak digunakan sebaiknya..dan pengajarannya kita selalu akan lalai untuk mengejar dunia tanpa kita berfikir untuk mendapatkan cara yang lebih mudah..dan senjata perlu seiring dengan usaha yang dilakukan...
sekian sahaja dari saya yang kerdil...moga kalian dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang kalian ada.