Saturday, April 23, 2011

ciptaan allah yang tidak sedar akan hikmahnya

Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. 2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam.Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan. 3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan. 4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran. 5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat. 6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind. 7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka,then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita. See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang?

realiti hari ini..renungkan

Dunia...oh Dunia Kalau anda fikir anda masih islam...bacalah Kalau anda fikir anda masih islam...bacalah Kalau tidak......Allah saja yang tahu... Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik ""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macam mana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? Selain terhibur, anda fikirkanlah... "Lawakkan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi... "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.. "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.."Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama" Lawak kan ???Kenapa gelak? tu kan realiti..adkah anda juga sama??

amalan yang sebaliknya

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa . Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

kesepian melanda hatiku...

assalamualaikum...
sowi la lme xbecerita n menulis kat sini...
maklum la bz dengan final exam...
alhamdulillah la stiap pe yg aku wt bole diterima..
cuma satu peristiwa yang buat aku terguris hati sangat...
entah la macam mane leh gado ngan gf....
memang sedeh sangat dalam keadaan ini..
maybe salah aku coz terlampau ego...
kononnya bila dah balik rumah aku nak semuka dan berbincang dengan dia...
tapi semua tu xberlaku bila aku jumpa dengan dia...
cukup2 terguris dan kecewa sangat yang aku terlampau ikutkan perasaan dan marah aku.
keadaan jadi teruk dan sekarang ni aku terlalu sunyi,...
buat semua perkara jadi serba tak kena....
sayang,kembali lah ke dalam hidupku kembali,sesungguhnya aku teramat memerlukan dikau.
aku harap sangat kau dapat baca isi hati aku.
dan setiap yang berlaku pasti allah akan memberi kebaikan kepada hambanya...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
dan teringat aku tentang kata2 sahabat aku,FAZIL,...
hidup manusia seperti roda...
adkala di atas dan adakala di bawah...
pabila kita di atas allah nak menilai tentang rasa syukur akan nikmat allah atau tidak...
pabila kita di bawah bermakna kita telah di uji oleh allah...
semakin besar ujian yang kita terima semakin hebatlah insan tersebut....
dan dengan kata2 ni lah wat pedoman untuk aku meneruskan hidup aku...
aku akan pastikan kau milik aku sayang...
tetapi sekarang berilah masa aku mencari cinta allah,nabi muhammad dan ibu bapaku dahulu...
selepas ni aku akan bawamu kepada kebahgiaan bukannya harta yang berjuta...
kerna setiap kekayaan itu tidak menjamin kebahgiaan tetapi kalau kita berdamping kebahgiaan pastinya kita akan kaya dengan kasih sayang...

Sunday, April 3, 2011

alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik walaupun bukan seperti yang dirancang..

assalamualaikum...merujuk kepada tajuk kat ats 2 aku nak menyatakan rasa syukur aku kepada Allah...

ceritanya cmni,pd sabtu lalu aku telah terpanggil untuk menyertai kejohanan street soccer....
niat 2 xpenh sekali untuk menang tapi motif utama hanya untuk menunjukkan kepentingan bersukan dan akhlak mulia kepada masyarakat...
seperti mak aku pesan..."apis maen jgn untuk menang tapi akhlak,seperti nabi kita tunjukkan akhlak yang baik sebagai satu dakwah"..
so bila masuk bertanding first game mmg la nk cntrol semuanya tapi perasaan untuk menang lagi tiggi shinggakan aku jadi orang yg panas baran...
so first game 2 kalah...
mmg hampa tyme 2 tp aku terus berjuang untuk game kedua dan ditakdirkan menang...
alhamdulillah la...
game kedua aku lebih banyak bersabar cz tkot jd cam game first smpaikan xleh nk cntrol mental...
n game last aku main hanya nak enjoy n keputusannya seri je..
tapi ati mmg puas...
tyme 2 mmg la rasa ckup2 nikmat n aku mula nampak kesan jika berakhlak...
n ditakdirkan untuk aku melangkah ke perlawanan akhir...
mmg feel n matlamat aku hanya untuk menghiburkan semua orang.untuk game final mmg xde niat nk menang langsung..
aku sempat pesan kat sahabat aku untuk control game bukn untuk jaringkan gol...
dan pe yg aku arapkan menjadi dan takdir untuk pasukan PLUS MINUS FC(team aku) kalah mmg sudah tertulis...kalah tipis 8-7..
tapi game mmg puas ati la cz maen smart n disaksikan oleh orang2 atasan(polis) balai polis IPPd petaling jaya diketuai oleh ARJUNAIDI...
dan yang paling bermakna aku telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan..
so kat sini aku nak berterima kasih kepada semua team aku mahupun team pihak lawan kerana sudi untuk membantu aku menjadi pemain terbaik kejohanan...
mmg xsangka la n rasa nk bagi ucapan untuk berterima kasih kepada semua tp xdpt..
so aku tulis jela kat sini..
so pasni kan ada kejohanan yang lebih besar...
aku arap semua yang terpilih 2 nnt dpt maen untuk tunjukkan akhlak yang baik...
sentiasa la kita sama2 berdoa untuk pape je event...
"jika Allah suka jika kami menang maka berikanlah kemenangan kepada kami,jika kau suka jika kami kalah maka berikanlah kepada kami kekalahan,sesungguhnya kami idup di muka bumi ni hanyalah untuk sukakan dan gembirakan Mu YA ALLAH.