Wednesday, September 21, 2011

semakin hari semakin kita dekat dengan mati...

assalamulaikum semua...maaf la terlalu jarang sangat nak update blog ni...
bukan apa,masa terlalu singkat walaupun aku tahu aku hanyalah mengejar duniawi yang tak akan kekal selamanya...
merujuk kepada tajuk yang kita akan bincangkan kali ni...Adakah kita pernah berkata..."relax dulu malam masih muda,,,"selain dari 2..."nanti dah tua baru la kita lepak masjid pulak,sekarang ni lepak kt warung or CLUB dulu..."..terlalu biasa kita mengungkapkan kata2 ni....sedarkah kita semakin lama kita hidup semakin kita dekat dengan mati...masih ingatkah anda tentang pesanan yang diterima oleh imam syafie?tentang apa yg paling dekat dan paling jauh dengan kita...jawapannya paling dekat adalah mati n paling jauh adalah masa lampau..
maka tuan2 n puan2 fikirkn sejenak adakah kita mengambil sedikit sebanyak ilmu yang telah disampaikan?
merujuk kepada tajuk yang kita ingin bincangkan kita perlu sentiasa beringat bahawa mati itu tidak pernah tua...bila2 saja kita boleh dijemput berjumpa YANG MAHA ESA...dan kita perlu ingat yang Syaitan itu sentiasa muda untuk menghasut anak adam supaya lalai melakukan kebaikan
maaf lah jika aku merapu n merepek dalam penulisan kali ni...aku terasa satu kejutan budaya bila duduk di alam Univrsiti...insyallah pada masa akan datang yang terluang aku akan cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku ada...sebenarnya pun masih terlalu banyak yang aku cuba kongsikan...tapi tak tahu nak mula dari mana dan aku pening untuk mengolah ayat berdasarkan tajuk...setiap apa yang aku kongsikan sebenarnya adalah pengalaman tentang hidup aku