Wednesday, May 18, 2011

jangan sekali mempersoalkan orang.....

salam...
sowi la lme sangat tak menulis kat ruangan ini...
baru2 ini aku rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan orang yang hebat...
dan banyak sangat aku bertanya tentang yang aku musykilkan.
antara yang aku sempat bertanya tentang semua fardu kifayah yang kita sering tinggalkan dan mungkin kita pown xsedar itu sebenarnya satu tanggungjawab.
'macam mane dengan masyarakat sekarang yang lalai mengejar dunia?,bagaimana pula dengan perempuan yang tak pakai tudung dan kita melihatnya??,hukum melihat perempuan bertudung berdosa tapi kalau kita nak tegur orang cakap jaga tepi kain orang,so camna hukumnya?dan pelbagai lagi yang terkeluar dari mulut aku tentang hukum ni?
dengan rendah diri orang hebat itu cakap yang kita hanya buat apa yang kita mampu...
"kalau sesuatu maksiat yang berlaku cegahlah dengan tanganmu,jika tak mampu cegahlah dengan mulutmu,dan selemah-lemah iman adalah dengan mencegah dengan hati."
dan beliau berkata lagi janganlah sesekali kita rasa takut dan bimbang dengan dosa yang bakal ditanggung kerana kita telah berusaha untuk mencegah..
dan semuanya bakal ditanggung oleh pemimpin kita..
dan segala yang berlaku kita perlu jaga diri kita dahulu dan jangan sesekali mempersoalkan tentang seseorang.
sebagai contoh,kita tak boleh sesekali menghukum seseorang kerana kita bukanlah tuhan atau malaikat..
"ko ni mengaku islam tapi amalan tak serupa islam...xcium bau syurga lah kau'..
berdasarkan ayat di atas,haruskah kita perkatakan begitu??
jangan sesekali menghukum orang itu dengan berkata begitu kerana sesungguhnya kita bukanlah pemilik syurga dan neraka ALLaH...
apa yang penting amalan diri kita dan sentiasa berdoa agar iman kuat untuk dijadikan benteng yang ampuh bagi mengelak diri dari ternoda dengan bisiskan syaitan dan godaan hawa nafsu..
so alhamdulillah la dapat dipertemukan dengan orang yang hebat dan sanggup untuk berkongsi sedikit ilmu...
kepada yang baca blog ini diharap agar dapat menyampaikan sedikit ilmu kepada rakan-rakan agar setiap ilmuyang sedikit dapat dijadikan pedoman dan panduan hidup...
wallahualam.
assalamualaikum